Halaman Utama

Sabtu, 7 Mac 2015

FALAK

FALAK

Ilmu falak merupakan cabang sains tabie. Walau bagaimanapun, konsep pembinaan ilmu 
dan pengamalannya berdasarkan mekanisme sains, agama dan sosial. Sebagai ilmu yang 
berkait rapat dengan keperluan ikhtiar hidup manusia, ilmu falak berkembang maju 
seiring dengan peningkatan tamadun manusia. Daripada segi epistimologi, ilmu falak 
dibahagikan kepada ilmu falak rakyat dan ilmu falak bermatematik. Kedua-dua ini 
dipraktikkan secara beriringan dan sama penting dalam kehidupan bermasyarakat. Justeru itu, perkembangan ilmu falak juga didapati boleh menjadi petunjuk kemajuan sains sesuatu bangsa. Di samping memenuhi pelbagai keperluan agama, aplikasi ilmu falak 
juga memberi kesan langsung terhadap aspek sosio-budaya sesuatu masyarakat. Dengan 
menyusuri secara literatur amalan ilmu falak di Alam Melayu, kertas ini membentangkan 
hasil analisis tentang pengamalan dan kesan ilmu falak dalam memenuhi keperluan 
agama, sosial dan budaya. Kajian juga dilakukan pada ruang mana ilmu falak rakyat 
berjaya meresap dengan berkesannya dalam pengamalan masyarakat. Resepi kejayaan 
silam ini boleh dijadikan panduan dalam usaha memupuk minat masyarakat terhadap 
sains dan teknologi.

Pada peringkat awal tamadun manusia, ilmu falak diperlukan bagi memenuhi 
kebergantungan manusia terhadap alam sekeliling. Aktiviti sara hidup mereka, khususnya
yang berkaitan dengan pertanian dan pemburuan dilakukan mengikut musim-musim 
tertentu. Apabila mereka mendapati musim-musim tersebut ‘semacam berulangan’, maka kedatangan musim-musim tersebut diramalkan. Usaha meramal ini, kemudiannya 
disusuli dengan kaedah pemerhatian yang lebih emperik dan kecenderungan pemerhati purba menyatakan sebab musabab terhadap sesuatu kejadian alam. Dalam semua keadaan ini, unsur-unsur alam seperti bintang-bintang, bulan, matahari dan fenomena langit menjadi subjek pemerhatian mereka. Melalui pemerhatian juga mereka tertarik unsur-unsur boleh nampak yang luar biasa dan menakjubkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan