Halaman Utama

Sabtu, 7 Mac 2015

BULAN

BULAN

PENGENALAN
Bulan adalah objek yang terbesar dan paling terang di langit malam, bersinar bak matahari pada waktu malam. Namun begitu, ia tidak menghasilkan cahayanya sendiri. Ia hanyalah batuan bola yang sejuk dan besar serta bersinar hanya disebabkan pantulan cahaya daripada matahari. Ia merupakan teman bumi di angkasa, kira-kira 384, 000 kilometer jauh, dan mengelilinginya perlahan-lahan sekali dalam sebulan. Apabila bulan mengelilinginya, ia juga  berputar perlahan-lahan di atas paksinya, jadi hanya permukaan yang sama akan menghadap kita. Permukaan yang lain tidak akan dapat dilihat dari permukaan bumi.

CIRI-CIRI BULAN
Bulan berdiameter sepanjang 3 400 kilometer (2 160 batu) dan berumur kira-kira 4.6 bilion tahun. Suhu di permukaan bulan adalah lebih kurang -155 darjah celcius hingga 105 darjah celcius. Secara tepat, bulan mengambil masa 27.3 hari untuk mengelilingi bumi dan berputar di paksinya. Selain itu, jisim bulan adalah 0.012 berbanding bumi.

KITARAN BULAN
Setiap bulan, Bulan kelihatan seolah-olah berubah bentuk. Walaupun begitu, apa yang berlaku ialah bahagian bulan yang menghadap bumi yang terkena cahaya matahari akan kelihatan dari bumi. Bulan mengelilingi bumi sekali dalam setiap 27.3 hari. Bulan juga mengambil masa yang sama untuk mengelilingi paksinya. Bahagian bulan yang sama adalah selalu menghadap sisi yang sama akan menghadap bumi. Jumlah bahagian bulan yang kelihatan berubah apabila kedudukan bulan berubah.

GERHANA BULAN
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_(satelit)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan