Halaman Utama

Sabtu, 7 Mac 2015

ORBIT BUMI

Gerakan bumi terhadap matahari dengan bentuk elips. Bumi mengorbit mengelilingi matahari manakala bulan bergerak mengelilingi bumi.



Seorang pakar astronomi daripada Poland, Nicolaus Copernicus mengutarakan teori yang dikenali sebagai teori helio sentrik. Melalui buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On the revilutions of the Heavenly Spheres), beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya. Hal ini dilaporkan dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy dihttp://plato.stanford.edu/entries/copernicus.
Sebaliknya Quran menyatakan bumi dan matahari berputar dan tidak pegun. Sebagai contoh, dalam surah Al-Anbiyak ayat 33 Allah berkata,
Perkataan yasbahuun bermaksud berenang. perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya. Begitulah kiasannya dengan matahari dan bulan. kedua-duanya bergerak sendiri di angkasa. Pendek kata, matahari dan bulan tidak pegun. Tambahan daripada itu oleh sebab perkataan falak digunakan, dan falak bermaksud bulat seperti sfera, ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan.
Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim,Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan 'malam dan siang' matahari dan bulan beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahat ketika menggulung benang'. Mengikut kamus Dewan, rahat ialah alat bulat seumpama roda yang digunakan bagi menggulung benang. Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri.
Seperkara yang menarik dalam ayat ini adalah Allah mengatakan,malam dan siang, seperti matahari dan bulan juga berputar dalam falaknya. Semasa menjelaskan 'malam dan siang, matahari dan bulan beredar dalam falaknya', Allah menggunakan perkataan yasbahuun yang melambangkan banyak (lebih dari dua,dalam tatabahasa bahasa arab).
Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir menjelaskan perkataan yasbahuun adalah perkataan perbuatan (verb) yang digunakan bagi objek yang berjumlah lebih daripada dua. Dalam ayat ini, jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua, iaitu matahari dan bulan. Di manakah objek yang ketiga? malam dan siang bukannya objek sebaliknya adalah fenomena yang berlaku di atas bumi. Oleh sebab putaran malam dan siang berlaku di atas bumi, maka objek yang ketiga yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah bumi. Tambahan daripada itu, disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar (yasbahuun), menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran bumi di atas paksinya, maka lahirlah fenomena siang dan malam.
Kesemua ini menampakkan Quran adalah sebuah kitab yang begitu saintifik kerana kenyataan-kenyataan ini adalah selari dengan penemuan semasa.

KEJADIAN PASANG SURUT
 
Pasang surut ialah naik dan turunnya paras air laut akibat kesan putaran Bumi dan tarikan graviti Bulan. Pasang surut ini berlaku di kawasan pantai dan muara sungai, lazimnya dua kali pasang dan dua kali surut sehari. Waktu air pasang, air laut tenang dan kadang-kala mengalir ke hulu sungai sehingga 10 kilometer. Waktu air surut, pinggir air jauh ke tengah laut.
Contohnya air pasang di hilir Sungai Perak, air akan naik atau mudik he hulu sehingga ke Kampung Air Mati. Ketika air pasang inilah penduduk yang berperahu dari Teluk Intan mudik semula ke Kampung Pebayan, Pulau Indera Sakti, Kampung Air Mati, Bandar dan lain-lain. Air dari hulu lebih mudah ditongkah ketika air pasang.
Pengetahuan tentang pasang surut sangat diperlukan dalam pengangkutan air, kegiatan di pelabuhan, pembangunan di daerah pesisir pantai, dan lain-lain. Kerana sifat pasang laut yang berkala, maka ia dapat diramalkan.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai teori Pasang Surut.
Untuk dapat meramalkan pasang surut, diperlukan data amplitud dan beza fasa dari komponen pembangkit pasang surut. Seperti telah disebutkan, komponen-komponen utama pasang surut terdiri dari komponen antara hari dan harian. Namun demikian, kerana interaksinya dengan bentuk (morfologi) pantai, superposisi antara komponen pasang surut utama, dan faktor-faktor lainnya akan mengakibatkan terbentuknya komponen-komponen pasang surut yang baru.


KEJADIAN SIANG DAN MALAM

Malam adalah suatu masa di mana sebuah tempat sedang tidak berhadapan dengan matahari, dan oleh sebab itu gelap. Saat sebahagian planet sedang mengalami malam hari, belahan yang lain mengalami siang hari. Kerana putaran Bumi, maka siang dan malam hari saling berganti, dan membentuk satu hari yang terdiri 24 jam. Malam bermula apabila matahari terbenam dan berakhir apabila matahari terbit.
Memahami Kejadian Siang dan Malam
Dalil Dari Al-Qur'an
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia bersemayam di atas `Arasy Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam." (Al-A'raaf:54)
Ini ialah ayat yang mengisahkan tentang proses penutupan malam pada siang dan siang pada malam merupakan sebuah simbolik yang indah. Hal tersebut mengandungi kisah proses putaran bumi pada paksinya dihadapan matahari. Ini adalah kerana apabila bumi tidak berputar pada paksinya dihadapan matahari, maka tidak akan ada proses penggantian siang dan malam sebagaimana yang terjadi dalam kehidupan kita sampai waktu ini.
Sumber: Cahaya di Atas Cahaya, Menyingkap Rahsia Alam Menurut Al-Quran & Sains, Prof Dr. Zagl'ul Al-Najj'ar

ATMOSFERA

ATMOSFERA BUMI

Atmosfera Bumi ialah suatu lapisan gas yang melitupi bumi, dikekalkan di tempatnya oleh graviti bumi.Atmosfera melindungi hidupan di Bumi dengan menyerap pancaran solar ultraungu ], memanaskan permukaan menerusi penahanan haba (kesan rumah hijau), dan mengurangkan suhu lampau di antara siang dan malam (kepelbagaian suhu harian). Kajian tentang atmosfera mula-mula dilakukan untuk memecahkan masalah cuaca, fenomena pembiasan sinar matahari ketika terbit dan tenggelam, serta kerdipan bintang. Dengan
peralatan yang sensitif yang dipasang di kawasan angkasa, kita dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang atmosfera serta fenomena-fenomena yang terjadi di dalamnya.
Atmosfera bumi terdiri dari (mengikut isipadu): nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya. Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75 % dari atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah. Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. Garisan Karman, pada 100 km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa.

LAPISAN ATMOSFERA

Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, yang dinamai menurut fenomena yang terjadi di lapisan tersebut. Peralihan antara lapisan yang satu dengan yang lain berlaku secara bertahap. Lapisan udara ini boleh dibahagikan kepada:

TEKANAN ATMOSFERA

Tekanan atmofera disebabkan oleh udara yang mempunyai berat. Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa. Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera). Tekanan atmosfera biasa di permukaan laut ialah sekitar 101.3 kilopascal (kPa) dan dipanggil 1 Atm.
KOMPOSISI ATMOSFERA BUMI
Atmosfera tersusun oleh:

BULAN

BULAN

PENGENALAN
Bulan adalah objek yang terbesar dan paling terang di langit malam, bersinar bak matahari pada waktu malam. Namun begitu, ia tidak menghasilkan cahayanya sendiri. Ia hanyalah batuan bola yang sejuk dan besar serta bersinar hanya disebabkan pantulan cahaya daripada matahari. Ia merupakan teman bumi di angkasa, kira-kira 384, 000 kilometer jauh, dan mengelilinginya perlahan-lahan sekali dalam sebulan. Apabila bulan mengelilinginya, ia juga  berputar perlahan-lahan di atas paksinya, jadi hanya permukaan yang sama akan menghadap kita. Permukaan yang lain tidak akan dapat dilihat dari permukaan bumi.

CIRI-CIRI BULAN
Bulan berdiameter sepanjang 3 400 kilometer (2 160 batu) dan berumur kira-kira 4.6 bilion tahun. Suhu di permukaan bulan adalah lebih kurang -155 darjah celcius hingga 105 darjah celcius. Secara tepat, bulan mengambil masa 27.3 hari untuk mengelilingi bumi dan berputar di paksinya. Selain itu, jisim bulan adalah 0.012 berbanding bumi.

KITARAN BULAN
Setiap bulan, Bulan kelihatan seolah-olah berubah bentuk. Walaupun begitu, apa yang berlaku ialah bahagian bulan yang menghadap bumi yang terkena cahaya matahari akan kelihatan dari bumi. Bulan mengelilingi bumi sekali dalam setiap 27.3 hari. Bulan juga mengambil masa yang sama untuk mengelilingi paksinya. Bahagian bulan yang sama adalah selalu menghadap sisi yang sama akan menghadap bumi. Jumlah bahagian bulan yang kelihatan berubah apabila kedudukan bulan berubah.

GERHANA BULAN
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_(satelit)

CIRI FIZIKAL

BUMI

Bumi (Jawi: بومي, bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Kandungan


Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera. Portal.svg Portal Astronomi
Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.
Ukuran

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.
Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

CIRI-CIRI BULAN

BULAN

Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripdanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang.
Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya Matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti Bumi. Bulan ialah satelit yang kedua paling mampat selepas Io, sebuah satelit Musytari.
Bulan berada dalam putaran segerak dengan Bumi dan sentiasa menunjukkan muka yang sama dengan sisi dekatnya ditandai mare gunung berapi yang kelihatan gelap yang terletak di antara tanah tinggi kuno yang terang dan kawah hentam yang menonjol. Bulan ialah objek yang paling terang di langit selepas Matahari, walaupun sebenarnya permukaannya amat gelap dengan kepantulan yang sama dengan arang.
Bulan dipercayai terbentuk hampir 4.5 bilion tahun dahulu, tidak lama selepas pembentukan Bumi. Walaupun terdapat beberapa teori tentang asal-usulnya, penjelasan yang diterima sekarang ialah Bulan terbentuk daripada sisa hentaman Bumi dengan objek cakerawala. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam Bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam Bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi Bumi lalu membentuk Bulan.
Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu Bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim Bumi. Di Bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di Bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah Bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Antara kawah terbesar di Bulan adalah Kawah Clavius yang bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di Bulan.
Penonjolan Bulan di langit dan fasa kitarannya yang tetap menjadikan Bulan sebuah pengaruh penting terhadap bahasa, takwim, seni dan mitologi semenjak zaman kuno lagi. Pengaruh graviti Bulan mencetuskam ombak laut dan kepanjangan hari yang halus. Kejauhan orbit Bulan pada masa kini yang lebih kurang 30 kali diameter Bumi membuatnya kelihatan hampir sama besar dengan Matahari, dan membolehkannya hampir persis menudung Matahari sewaktu gerhana matahari. Kesamaan saiz yang kelihatan ini hanya kebetulan. Kejauhan lelurus Bulan dari Bumi sentiasa bertambah dan kini berada pada kadar 3.82 ± 0.07sm setiap tahun kendatipun kadar ini tidak malar[6].

Asal

Kebanyakan bulan dipercayai terbentuk daripada runtuhan kawasan (collapsing region) cakera protoplanet yang sama seperti planet utama. Bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian dan variasi kepada model pembentukan bulan piawai ini diketahui atau dikemukakan. Beberapa bulan dipercayai objek asing yang ditawan, serpihan bulan lebih besar berkecai oleh hentaman kuat, atau (dalam kes Bulan Bumi) sebahagian planet itu sendiri tercampak keorbit oleh hentaman yang kuat. Oleh kerana kebanyakan bulan hanya diketahui melalui pemerhatian jarak jauh melalui probe atau teleskop, kebanyakan teori mengenai mereka tidak begitu jelas.

Ciri-ciri Fizikal

Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian adalah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).
Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengah, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.